Griezmann bosan dikait hijrah ke Barcelona - Utusan Malaysia

Griezmann bosan dikait hijrah ke Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Penyerang sensasi Atletico Madrid, Antoine Griezmann mengakui sudah penat dengan spekulasi perpindahan ke kelab gergasi La Liga, Barcelona dan berharap berita itu dapat ditamatkan demi menghormati pasukannya.

Sebagai rekod, khidmat Griezmann menjadi buruan Barcelona sejak beberapa tahun lepas termasuk dilaporkan bersedia untuk mene­bus klausa kontrak perpindahannya yang bernilai €120 juta (RM550.9 juta) pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Bagaimanapun, pemain antarabangsa Perancis itu mahu fokus kekal membantu Atletico menamatkan saingan La Liga musim ini dengan cemerlang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara jujur, saya sudah bosan dengan spekulasi yang dilaporkan pihak media yang menyatakan saya bakal berhijrah ke Barcelona pada penghujung musim nanti. Ia adalah perkara yang berulang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Apa yang boleh saya katakan ketika ini adalah saya mahu memberi tumpuan penuh bersama Atletico yang masih bersaing dalam perebutan takhta juara La Liga musim ini,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Selain Barcelona, pasukan gergasi Liga Perdana England, Manchester Uni­ted turut melaporkan minat untuk mendapatkan khidmat Griezmann sekiranya dia mahu berhijrah pada penghujung musim nanti.

Skuad kendalian Diego Simeone kini menduduki tangga kedua selepas ke­tinggalan 10 mata di belakang pendahulu La Liga, Barcelona apabila me­ngutip 56 mata dalam 28 perlawanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini