Grand Prix Australia:Hamilton bermula di hadapan - Utusan Malaysia

Grand Prix Australia:Hamilton bermula di hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE, 16 Mac – Juara dunia, Lewis Hamilton memulakan musim baharu Formula Satu (F1) dengan baik apabila meraih petak pertama untuk perlumbaan Grand Prix Australia, esok malah ia adalah kali kelapan pelumba berkenaan bermula di petak hadapan dalam saingan di litar Melbourne.

Pelumba pasukan Mercedes itu mencatat masa terpantas ketika sesi kelayakan iaitu satu minit 20.486 saat (s) manakala petak kedua di barisan hadapan menjadi milik rakan sepasukannya Valtteri Bottas yang mencatat 1:20.598s.

Kata Hamilton, sesi kelayakan berlangsung sengit kerana semua pelumba dilihat lebih laju berbanding sesi latihan yang dipamerkan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menggigil ketika sesi hari ini kerana amat hampir dengan pelumba lain.

“Memulakan aksi selepas sesi latihan membuatkan kami tidak dapat mengetahui siapa yang lebih pantas namun pujian harus diberikan kepada pasukan yang telah bekerja keras sepanjang minggu ini.

“Bukan itu sahaja, Valtteri (Bottas) juga telah memainkan peranannya dengan baik hari ini malah amat laju di litar,” kata Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini