WREXHAM 21 Mac – Ryan Giggs berharap keputusannya untuk merehatkan beberapa pemain utama akan membuahkan hasil dengan Wales akan berdepan Slovakia dalam aksi kelayakan Euro 2020, Ahad ini.
Gareth Bale, Aaron Ramsey, Ben Davies dan Joe Allen merupakan antara pemain yang direhatkan Giggs dalam perlawanan persahabatan yang menyaksikan Ben Woodburn menjaringkan gol tunggal untuk membolehkan mereka menang 1-0 ke atas Trinidad dan Tobago.
Wales bagaimanapun berdepan kesukaran dalam perlawanan itu namun pengendali pasukan, Giggs gembira dengan kesabaran yang ditampilkan pasukan itu.
Giggs juga percaya dia membuat keputusan tepat dengan merehatkan beberapa pemain utama bagi aksi pertama Kumpulan E di Cardiff, hujung minggu ini.
“Kami berikan waktu perlawanan kepada mereka yang memerlukan dan ada pemain yang tidak berada di bangku simpanan berjaya beraksi cemerlang.
“Slovakia akan bermain esok dan kami akan gunakan kelebihan itu. Pemain akan berada dalam keadaan cergas sepenuhnya bagi aksi pembukaan,” kata Giggs.-AGENSI











