SILATURRAHIM. Sebanyak 12 keluarga menyertai Hari Keluarga Kelab Geng Sukan Puncak Alam (Gespa) di Pantai Indah Seaview Resort, Jeram, Selangor baru-baru ini. Pengerusinya, Amar Kamarudin berkata, pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari program berkenaan antaranya acara sukaneka, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Katanya, ini merupakan hari keluarga pertama kelab itu. “Gespa mempunyai seramai 28 ahli setakat ini dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sejak 2017,”katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya