Gesa gubal undang-undang kesaksamaan gender, gangguan seksual - Utusan Malaysia

Gesa gubal undang-undang kesaksamaan gender, gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Kerajaan digesa mempercepatkan proses penggubalan undang-undang membabitkan pengiktirafan kesaksamaan gender dan hukuman terhadap gangguan seksual bagi memastikan hak golongan berkenaan terjamin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Razali Ismail berkata, rang undang-undang tersebut bertujuan memperjuangkan hak wanita selain melindungi kanak-kanak perempuan golongan rentan seperti komuniti Orang Asli, pelarian, pekerja asing dan mangsa-mangsa pemerdagangan manusia.

Menurutnya, melalui penyertaan dalam Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada tahun 1995, Malaysia mempunyai tanggungjawab sosial dan moral untuk menggubal undang-undang bagi mengiktiraf kesaksamaan gender serta hukuman terhadap gangguan seksual.

“Malaysia mengambil tempoh 24 tahun untuk membuat keputusan bagi perlaksanaan program ini dan kedua-dua rang undang-undang itu akhirnya dirangka melalui Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

“Ini merupakan langkah positif, namun Jawatankuasa CEDAW, Suhakam dan kumpulan yang memperjuangkan hak wanita menggesa agar kerajaan mempercepatkan penggubalan undang-undang ini, dan menyeru untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen tahun ini,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini