Gempa Lombok: Agong zahir simpati kepada keluarga mangsa - Utusan Malaysia

Gempa Lombok: Agong zahir simpati kepada keluarga mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada mangsa-mangsa kejadian gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, paling utama dalam pemikiran Seri Paduka ialah dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi itu yang melanda Ahad.

“Ingatan dan doa Seri Paduka sentiasa bersama keluarga mangsa, penduduk Lombok dan semua rakyat Indonesia dalam menghadapi situasi yang amat mendukacitakan ini,” kata beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, Sultan Abdullah juga berharap semoga mereka yang cedera dan terkesan akibat bencana itu segera sembuh.

“Seri Paduka juga dengan perasaan yang tulus ikhlas menzahirkan sokongan bagi pihak negara ini kepada penduduk Lombok dalam menghadapi bencana itu,” kata Ahmad Fadil. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini