Gempa Lombok: 17 mangsa tiba di KLIA2 petang ini - Utusan Malaysia

Gempa Lombok: 17 mangsa tiba di KLIA2 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai 17 orang mangsa gempa bumi di Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia akan diterbangkan pulang dengan menaiki penerbangan Air Asia AK309 hari ini.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa yang terselamat dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 3.15 petang.

Jelasnya, mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam bencana tersebut iaitu mendiang Datin Tai Siew Kim dan mendiang Lim Sai Wah pula dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.10 petang dengan pesawat Garuda Indonesia GA816 diiringi oleh ahli keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara itu, empat orang mangsa masih menerima rawatan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Mataram.

“Wisma Putra merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Indonesia dan pihak-pihak berkuasa tempatan atas kerjasama baik yang telah diberikan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini