WASHINGTON 1 Mac – Gempa bumi berukuran 7.0 skala Richter melanda tenggara Peru hari ini. Pusat gempa itu berada pada kedalaman 257 kilometer. Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, kebanyakan gempa besar di Amerika Selatan berlaku pada kedalaman 70 kilometer atau lebih tinggi. Gempa yang berlaku pada pukul 8.50 pagi waktu tempatan di kira-kira 27 kilometer timur laut bandar Azangaro berhampiran sempadan Bolivia. – AFP










