Unit Khas HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat menyiram murid untuk menghilangkan sebahagian kesan kimia yang melekat pada pakaian murid hingga mengakibatkan simptom sesak nafas semalam. SK Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Putih digemparkan dengan kejadian pelajar dan kakitangan sekolah sesak nafas selepas beberapa jam sesi persekolahan bermula selepas sekolah bercuti selama dua hari.










