ISKANDAR PUTERI 6 Mac – Garis panduan larangan berceramah di negeri ini yang ditetapkan untuk mana-mana pendakwah bebas masih sama seperti dahulu. Pengerusi Jawankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, sejak sekian lama peraturan yang digunakan adalah dilaksana berdasarkan ketetapan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Sultan Johor. “Peraturan masih sama, apa yang dikehendaki majilis agama di bawah tuanku adalah tidak boleh ada libatkan politik…










