Gantung sementara sehingga selesai isu boikot minyak sawit - Utusan Malaysia

Gantung sementara sehingga selesai isu boikot minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – Kerajaan digesa untuk menangguh sementara segala rundingan dan aktiviti perniagaan membabitkan minyak sawit dengan Kesatuan Eropah (EU) sehingga isu memboikot penggunaan komoditi itu selesai.

Gesaan bersama itu dilakukan oleh empat agensi pengeluar sawit negara iaitu Felcra, Felda, RISDA dan Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia pada Perbincangan Strategic Way Forward Hadapi Kempen Anti Sawit oleh Negara-Negara EU di sini hari ini.

Pengerusi Felcra Bhd., Datuk Nageeb Wahab yang memimpin gerakan itu berkata, langkah yang diambil itu bagi mendesak EU membatalkan sekatan penggunaan produk minyak sawit negara sebagai bahan api bio yang akan berkuat kuasa pada tahun 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau malah berkata, keputusan EU itu juga akan memberi kesan terhadap lebih 650,000 pekebun kecil dan lima juta isi rumah di seluruh negara.

“Kita sudah buktikan bahawa minyak sawit negara adalah baik, lestari serta tidak memusnahkan hutan dan mencemar alam sekitar namun tidak dipedulikan.

“Jadi, jalan terbaik untuk mendesak EU menarik balik sekatan minyak sawit adalah menerusi ekonomi dan politik,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini