Gangguan sistem semakan SPR tidak jejas maklumat pemilih - Utusan Malaysia

Gangguan sistem semakan SPR tidak jejas maklumat pemilih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan maklumat pemilih di dalam pangkalan data suruhanjaya itu tidak terjejas ekoran gangguan sistem semakan pemilih MySPR Semak dan portal SPR.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, insiden itu disebabkan masalah teknikal yang berlaku dimana aplikasi MySPR Semak dan Portal SPR tidak dapat berhubung dengan pengkalan data utama pengundi.

Jelasnya, Kedua-dua kemudahan semakan tersebut telah boleh diakses semula mulai pukul 8.00 malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“SPR juga ingin menegaskan bahawa daftar pemilih pilihanraya (DPPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan tidak terjejas.

“DPPR bagi PRK itu mula dijual pada 14 Mac lalu. SPR juga dijadualkan akan mengedarkan kad pengundi mulai 27 Mac kepada semua pengundi bagi PRK tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, SPR memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini