Gagasan Penyatuan Ummah bukan inklusif - Utusan Malaysia

Gagasan Penyatuan Ummah bukan inklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac – UMNO menjelaskan bahawa gagasan penyatuan ummah bukan inklusif kepada parti itu dan Pas sahaja tetapi turut membawa rakan gabungan lain.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti lain seperti MCA, MIC serta Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan kelab penyokong seperti Makkal Sakti, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Dewan Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak sama sekali ditinggalkan.

Beliau malah memberitahu, kedua-dua parti itu bersedia melakukan hubungan intensif bersama badan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam membawa Malaysia keluar daripada ‘politik janji’ oleh Pakatan Harapan.

“Sebagai blok terbesar parti politik di Semenanjung, UMNO dan Pas akan mengambil kira keperluan dan sensitiviti rakan parti politik di Sabah dan Sarawak khususnya dalam konteks memperjuangkan kepentingan bumiputera di sana,” katanya seperti dipetik dalam Facebook rasminya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai agenda penyatuan ummah yang dimaklumkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kerjasama itu bukan bermaksud UMNO dan Pas bergabung, sebaliknya satu ikatan untuk menyatukan ummah tanpa meminggirkan keseluruhan masyarakat termasuk kaum Cina dan India. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN