GUA MUSANG 8 Mac – Seorang Penolong Pegawai Ladang Felda maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 49, Jalan Gua Musang-Kelantan, malam tadi. Dalam kejadian pukul 7.10 malam, mangsa, Ahmad Noor Farhan Mohd. Noor, 32, yang beralamat di Felda Chiku 1 di sini memandu kereta jenis Honda Civic mengalami kecederaan parah akibat tersepit dan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chiku 3.…










