KUALA LUMPUR – Felda akan melunaskan tunggakan bayaran bagi tahun lepas kepada pembekal dan kontraktornya secara berperingkat bermula minggu hadapan. Unit Komunikasi Korporat Felda dalam kenyataan hari ini berkata, pembayaran tersebut melibatkan mereka yang bekerja dengan pembekalan dan kerja-kerja berkaitan operasi kebun peneroka Felda seperti kerja tuai dan angkut. “Felda mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi atas pinjaman kewangan sebanyak RM500 juta melunaskan tunggakan bayaran…










