KUALA LUMPUR 7 Mac- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi lima pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang berjumlah RM1,178,600 menggunakan wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang badan induk bola sepak negara itu, hari ini. Lima pasukan tersebut adalah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Felcra FC, MOF FC, DBKL FC dan Terengganu City FC. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, FAM telah membayar tunggakan gaji…










