FAM diiktiraf lima bintang oleh PPS - Utusan Malaysia

FAM diiktiraf lima bintang oleh PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac.- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diiktiraf sebagai badan sukan kebangsaan bertaraf lima bintang oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) bagi tahun 2018.

FAM

Keputusan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) Badan Sukan Kebangsaan 2018 itu dimaklumkan PPS menerusi surat yang dihantar kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sukacita dimaklumkan pejabat ini sudah selesai mengadakan sesi penilaian Penarafan Bintang terhadap badan sukan kebangsaan pada Disember 2018 yang lalu.

“Sehubungan dengan itu, badan sukan Y.Bhg Dato/Tuan/Puan dikategorikan sebagai badan sukan yang mendapat lima (5) bintang berdasarkan kepada penilaian yang dibuat dan diharapkan dapat mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang,” tulis kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini