LIVERPOOL 18 Mac – Fabinho mendedahkan alasan mengapa dia tidak meneruskan perancangannya untuk menyertai Manchester United, musim panas lalu. Pemain tengah Liverpool itu berkata, dia perlu memberikan dirinya peluang untuk memulakan kehidupan selesa di England selepas meninggalkan Monaco dengan harga 43.7 juta pound (RM237 juta). Ini termasuk bermain dengan seseorang yang dia kenali dengan baik. Pemain berusia 25 tahun itu dikaitkan perpindahan ke Old Trafford dengan Jose Mourinho terdesak untuk mengukuhkan bahagian tengah. Namun, Fabinho sebaliknya memilih Anfield dan kali pertama bercakap mengapa dia berpindah ke Liverpool. Ia tiada kena…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya