WASHINGTON 27 Mac – Pihak berkuasa penerbangan Amerika Syarikat (AS) mempertahankan kaedah persijilan mereka untuk pesawat baharu sebelum pengubalan undang-undang susulan kejadian dua Boeing 737 MAX terhempas dalam tempoh lima bulan.
Menurut sumber, Boeing telah melakukan ujian penerbangan untuk 737 Max bagi menilai satu penetapan sistem yang dipercayai punca dua pesawat terbabit terhempas.
Boeing memerlukan kebenaran daripada Agensi Penerbangan Persekutuan (FAA) bagi membolehkan pesawat jenis itu diterbangkan semula.
Berita berkaitan:
Bagaimanapun menurut sumber kerajaan, Boeing masih belum menyerahkan perisian cadangan kepada FAA. -AFP











