KUANTAN – Syarikat ejen umrah dan ziarah, Fa Izin International Travel & Tours Sdn. Bhd. (Fa Izin) cawangan Kuantan di sini menawarkan kursus umrah percuma pada setiap Sabtu untuk penduduk negeri ini.
Pengurus Jualan Fa Izin Kuantan, Zaki Irsyad Hassan berkata, orang ramai boleh hadir secara terus ke pejabat agensi itu yang terletak berhampiran Pos Malaysia dan Bangunan UMNO Kuantan dekat Jalan Haji Abdul Aziz di sini.
“Kursus yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dikendalikan mutawif, Mahathir Mohamad yang berpengalaman dalam mengendalikan jemaah di tanah suci,” kata beliau.
Ujar Zaki, Fa Izin yang mula beroperasi di Kuantan sejak Oktober tahun lalu menyediakan pakej umrah dan ziarah pada harga antara RM5,390 hingga RM8,890 setiap seorang.
Tambah beliau, pihaknya turut menyediakan penginapan berhampiran Masjidil Haram di Mekah serta Masjid Nabawi di Madinah bagi memudahkan para jemaah umrah menunaikan ibadat.
“Selain Mekah serta Madinah, pakej umrah dan ziarah turut menawarkan 17 destinasi menarik di Asia, Afrika dan Eropah termasuk Palestin, Mesir, Maghribi, Jepun, Sepanyol, England dan Switzerland.
“Pihak kami turut menyediakan bantuan sokongan buat golongan kurang upaya dan pesakit buah pinggang ketika mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci,” tambahnya.
Fa Izin merupakan anak syarikat ejen umrah terkenal, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. dan kini memiliki 19 cawangan di seluruh negara termasuk yang terbaharu di Kuantan serta Sungai Petani, Kedah.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut menerusi laman Facebook @FaIzinTravel serta laman web www.faizin.com.my atau menghubungi 09-5134 012 dan 03-9281 1411.











