Esscom nafi terlibat aktiviti kutipan derma - Utusan Malaysia

Esscom nafi terlibat aktiviti kutipan derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti kutipan derma badan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang digelar Pertubuhan Briged Sukarelawan Skuad 69.

Difahamkan, kutipan derma itu dilakukan untuk majlis berkaitan Esscom dan mereka yang mahu menjadi ahli perlu membayar RM5,000 untuk mendapat lencana di kereta dengan tujuan mengelak disaman.

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, NGO itu turut mendakwa mempunyai hubungan rapat dengannya dan Esscom.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak pernah terlibat dengan sebarang aktiviti kutipan derma atau sumbangan seperti yang ditularkan apatah lagi mempunyai sebarang hubungan dengan NGO tersebut.

“Saya menyarankan kepada orang ramai yang mendapat mesej tersebut untuk membuat laporan polis atau melaporkan terus ke pejabat Esscom,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, NGO tersebut diarahkan supaya menghentikan sebarang aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan nama Esscom atau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat laporan daripada mana-mana mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini