England tiada kelemahan - Tumbakovic - Utusan Malaysia

England tiada kelemahan – Tumbakovic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Mac – Selepas menjalankan kajian menjelang aksi kelayakan Euro 2020, pengendali Montenegro, Ljubisa Tumbakovic secara terbuka mendedahkan bahawa skuad England tiada sebarang kelemahan.

Skuad Three Lions di bawah kendalian Gareth Southgate menampilkan aksi cemerlang sehingga berjaya ke separuh akhir Piala Dunia.

England memulakan kempen kelayakan Euro 2020 dengan aksi luar biasa dengan membelasah Republik Czech 5-0 termasuk jaringan hatrik Raheem Sterling.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Montenegro memiliki rekod baik ketika menentang England sejak mula menjadi negara bebas pada 2007 dengan seri tiga perlawanan dan hanya tewas dalam satu pertemuan.

Walaupun ramai menjangkakan England akan berdepan laluan mudah di Podgorica namun Tumbakovic percaya pasukannya akan berikan cabaran sebaik mungkin.

“Cara Englad bermain sangat istimewa. Saya cuba cari kelemahan mereka tetapi gagal dan kami realistik dalam hal ini.

“Perlawanan sebelum ini menghasilkan keputusan baik untuk Montenegro tetapi esok kami akan bermain dengan pemain baharu, jurulatih baharu dan semuanya berbeza.

“England adalah pasukan pilihan tetapi jika kami hadir dalam perlawanan ini sebagai pasukan yang kalah, kenapa perlu kami bermain? Saya akan siapkan pasukan dengan cara berbeza.

“Sama ada saya berani atau gila, saya sendiri tidak pasti tetapi ia selari dengan semangat kesukanan,” kata Tumbakovic.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini