Empat penjenayah pecah klinik diberkas polis - Utusan Malaysia

Empat penjenayah pecah klinik diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Empat penjenayah yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah klinik di Desa Bukit Nilam, Meru, di sini pada Sabtu lalu berjaya diberkas dalam satu serbuan semalam.

Keempat-empat lelaki berusia lingkungan 24 hingga 44 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Dato Hulubalang 23, Taman Sentosa di sini kira-kira pukul 7.30 petang.

Selain menahan keempat-empat suspek, polis turut merampas dua buah motosikal iaitu jenis Yamaha Lagenda dan Modenas Kriss serta empat buah telefon bimbit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di klinik terbabit pihaknya berjaya mengesan motosikal yang dinaiki suspek dan seterusnya berjaya memberkas kesemua suspek tersebut.

pecah klinik
Televisyen 40 inci yang diletakkan di kaunter pendaftaran klinik turut hilang.

 

Beliau berkata, berdasarkan fakta kes, kejadian pecah masuk klinik milik seorang lelaki berusia 34 tahun itu berlaku pada 23 Mac lalu.

“Kejadian tersebut disedari pemiliknya (pengadu) ketika dia sampai di premis itu kira-kira pukul 8 pagi dan mendapati pintu bahagian kanan klinik terdapat kesan diumpil serta mengalami kerosakan.

“Pemeriksaan dalam klinik pula mendapati keadaan di dalamnya berselerak dan sebuah televisyen berukuran 40 inci yang diletakkan di kaunter pendaftaran telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Nurulhuda berkata, pemeriksaan CCTV oleh pengadu berjaya mengesan salah seorang suspek menaiki motosikal jenis Modenas Kriss warna hitam yang telah memecah masuk klinik serta melarikan televisyen tersebut kira-kira pukul 5 pagi.

Susulan kejadian itu, pihaknya telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjejaki suspek dan akhirnya empat suspek berjaya diberkas petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati tiga daripada empat suspek mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah, pecah rumah dan curi.

“Seorang suspek berusia 24 tahun kini direman empat hari manakala tiga lagi rakannya direman sehingga hari ini (semalam),” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini