TAWAU 21 Mac – Polis sedang menyiasat laporan empat pemilik kenderaan yang mendakwa kenderaan mereka dibaling batu semasa melalui Jalan Tawau-Semporna berdekatan Kilang KL-Kepong (Kilang Taiko) dekat sini. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kejadian khianat itu berlaku antara pukul 5.15 petang dan 7.00 malam melibatkan pemandu yang dalam perjalanan dari Tawau menghala ke Semporna. Menurutnya, kebanyakan mangsa mengadu kenderaan mereka mengalami pelbagai kerosakan seperti pintu kereta kemik, cermin tingkap pecah serta bumper hadapan rosak, dan mereka hanya membuat laporan polis selepas memeriksa kenderaan mereka di Semporna. Ujarnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya