KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta…










