JOHOR BAHRU 21 Mac – Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berhubung pelaksanaan elaun minimum penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) perlu penelitian mendalam supaya tidak membebankan industri, merupakan satu kenyataan berat sebelah. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Sukan dan Keagamaan Dewan Muda Johor (DMJ), Nur Faizal Kasri berkata, kenyataan Nie Ching itu seolah-olah mencerminkan bahawa pihak kementerian amat menjaga kebajikan industri berbanding kebajikan mahasiswa. Menurutnya, kementerian seharusnya mengambil berat dan mempertimbangkan isu itu serta melihat faedahnya kepada mahasiswa. “Justeru, DMJ mencadangkan supaya kementerian dan wakil industri duduk semeja untuk berbincang serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya