Elak teman tapi mesra di pejabat - Utusan Malaysia

Elak teman tapi mesra di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA di rumah, dialah suami dan bapa kepada isteri dan anak-anaknya, namun siapa sangka melangkah masuk ke pintu pejabat ‘taring’nya mula terserlah.

Peluang sebagai individu ‘bujang’ di pejabat dijadikan kesempatan untuk melempiaskan perangai buaya darat menggoda gadis satu pejabat.
 
Tidak bertepuk sebelah tangan, cubaan itu disambut pula dengan wanita yang juga telah berumahtangga sehingga membenihkan perasaan cinta, lalu bermulalah episod ‘skandal di pejabat’.
 
Itulah realiti yang berlaku dalam kalangan segelintir pekerja di negara ini akibat memandang remeh soal pergaulan dengan rakan sekerja sehingga mengakibatkan keretakan rumahtangga terbina yang akhirnya membawa kepada ungkapan cerai.
 
Bermula suka-suka atau menganggap hanya berkongsi masalah dengan ‘pendengar setia’, siapa sangka boleh menjerumuskan kepada lembah maksiat.
 
Mangsanya, anak-anak dan pasangan setia menanggung derita.
 
Ikuti kupasan lanjut tips dan kaedah pergaulan dengan rakan pejabat bertepatan landasan syariat bersama pendakwah bebas, Ahmad Husni Abd. Rahman dalam Till Jannah , Mega Mimbar, Utusan Malaysia 5 Mac 2019, esok.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN