Ekuinas ambil alih 40 peratus kepentingan dalam Exabytes - Utusan Malaysia

Ekuinas ambil alih 40 peratus kepentingan dalam Exabytes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mac – Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) mengumumkan pemerolehan kepentingan awal sebanyak 40 peratus dalam penyedia perkhidmatan pengehosan web dan awan terkemuka, Exabytes Capital Group (Exabytes) bernilai RM44 juta dengan pilihan untuk meningkatkan pegangannya kepada 54 peratus.

Exabytes dilancarkan pada 2001 adalah salah daripada syarikat pengehosan web terkemuka yang mempunyai kehadiran dalam pelbagai pasaran di Asia Tenggara dan juga berkhidmat kepada lebih 100,000 pelanggan termasuk individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat tersenarai awam dan agensi kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd. Kadir berkata, Exabytes adalah contoh terbaik sebuah syarikat yang berpotensi untuk menjadi pemimpin serantau yang boleh menjadikan Malaysia sebagai pusast tumpuan untuk perniagaan dan bakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, menerusi Exabytes, Ekuinas akan dapat memanfaat daripada ekonomi internet yang berkembang pesat di peringkat global, yang kini bernilai AS$3.5 trilion (RM14.29 trilion)

“Kami sedang mengembangkan sayap kami dalam industri perkhidmatan. Sejajar dengan mandat Ekuinas, kami akan melabur dan menggalakkan pertumbuhan syarikat tempatan berpotensi tinggi yang bersedia untuk mencapai skala lebih besar dan bersaing di peringkat serantau atau global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Exabytes diasas berpandukan prinsip membantu PKS mengembangkan perniagaan dalam talian. Kini, Syarikat tersebut ialah pemimpin pasaran di Malaysia dan berada di landasan untuk menjadi satu daripada pesaing terbesar di Asia Tenggara bagi perkhidmatan pengehosan web dan awan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini