IPOH 22 Mac – Ejaan yang salah atau tidak lengkap pada kain rentang dan gegantung sempena kempen jimat air kerajaan negeri mengundang kritikan ramai pengguna media sosial. Pada kain rentang dan gegantung berkenaan ditulis ‘PNGUNA BJAK SNTIASA BRJMAT’ atau ‘pengguna bijak sentiasa berjimat’. Perkataan-perkataan berkenaan menghilangkan huruf-huruf vokal atau ejaannya mirip kepada ejaan singkat yang biasanya digunakan untuk berkomunikasi dalam media sosial terutama menerusi aplikasi Whatsapp dan WeChat. Walaupun maksud perkataan-perkataan berkenaan masih boleh difahami namun ia tetap dikritik oleh pengguna media sosial yang menyifatkan ia merosakkan bahasa. Terdapat juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya