Duterte kongsi pandangan pelbagai isu bersama Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Duterte kongsi pandangan pelbagai isu bersama Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata beliau dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu dalam usaha untuk memperluaskan lagi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Ketika berucap pada sidang akhbar bersama di sini pada Khamis, Duterte berkata, antara isu-isu itu ialah komitmen kedua-dua negara, dua daripada pemacu pertumbuhan Asia, untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala bagi mengekalkan kemajuan dan kemakmuran.

“Menyedari sinergi dan dinamisme sektor swasta kami, kedua-dua kerajaan bersetuju untuk meningkatkan lagi perdagangan, pelaburan dan pembangunan infrastruktur.
Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri atas sokongan teguh Malaysia untuk program

Memuatkan artikel berkaitan…

“Build Build Build”. Ini termasuk peranan aktif syarikat-syarikat Malaysia dalam pembangunan metropolis Clark Green City yang mampan dan pintar, ” katanya.

Menurut Duterte, beliau juga gembira berkongsi dengan Perdana Menteri mengenai kemajuan besar yang telah dicapai oleh Filipina ke arah mewujudkan keamanan yang saksama lagi berkekalan di Mindanao. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini