KUALA LUMPUR – Seorang duda anak tiga mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan memuat naik status jelik menghina agama Hindu dua minggu lalu. Tertuduh Zamri Abdul Razak, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zamri Bakar. Bagaimanapun mahkamah menetapkan Isnin ini untuk fakta dan jatuh hukum. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Zamri, yang juga bekas jurugambar syarikat produksi didakwa menggunakan…










