KABUL 22 Mac – Dua tentera Amerika Syarikat (AS) maut dalam satu operasi di sini, memberi kesan kepada perikatan antarabangsa dengan rundingan yang berjalan antara Washington dan Taliban, hari ini.
Bagaimanapun Misi Sokongan Resolusi, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai dua tentera tersebut yang terbunuh.
Menurut NATO, mengikut polisi Jabatan Pertahanan AS, nama anggota mereka yang terbunuh akan ditahan sehingga 24 jam selepas peringatan dihantar kepada waris eselesai.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kematian itu berlaku sehari selepas enam orang maut dalam letupan ketika sambutan Tahun Baharu Persia yang disambut di kawasan Syiah, Kabul.











