Dua maut dalam kemalangan di Temerloh - Utusan Malaysia

Dua maut dalam kemalangan di Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, pemandu Nissan Almera, Liew Kwong Fai, 42, dari Bahau, Negeri Sembilan dan pemandu Proton Saga Iswara, Hairol Asyraf Mohammad, 23, dari Lanchang meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, kemalangan dikatakan berpunca apabila kereta yang dipandu oleh Kwong Fai dari arah Kuala Lumpur gagal dikawal sebelum terbabas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenderaan itu kemudiannya bertembung dengan sebuah Proton Saga Iswara yang dinaiki oleh tiga lelaki dari Lanchang yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, Kwong Fai dan Hairol Asyraf meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan dada,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seorang penumpang di dalam kereta Proton Saga Iswara, Sufi Salihin Mohd Puad, 17, mengalami cedera parah dan kini berada di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini.

“Seorang lagi rakannya, N. Kesavan, 18, mengalami luka di bahagian muka dan kaki sebelah kanan dan dirawat di zon kuning hospital yang sama,” ujarnya.

Beliau memberitahu, mayat kedua-dua mangsa kini berada di Hoshas untuk dibedah siasat pagi ini.

“Siasatan awal mendapati satu botol kosong jenama Blended Scotch Whisky telah dijumpai di dalam Nissan Almera terbabit,” jelasnya. 

Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini