PUTRAJAYA 14 Mac – Dua lelaki yang didakwa menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian direman empat hari untuk membantu siasatan berhubung kes meminta suapan bernilai lebih RM75,000. Perintah reman dikeluarkan Majistret Noraisyah Mohd. Yusof bermula hari ini hingga sehingga Ahad ini. Sumber berkata, kedua-dua suspek yang berusia 54 dan 25 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 4.40 petang di kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar semalam. Tambah sumber lagi, kedua-dua individu tersebut dipercayai telah bersubahat meminta suapan sebanyak RM75,000 sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kelulusan kuota pekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya