Dua direman berhubung skandal projek lebih RM30 juta - Utusan Malaysia

Dua direman berhubung skandal projek lebih RM30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang lagi pegawai kanan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan skandal projek melibatkan badan berkanun berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Selain itu, turut direman bagi tempoh tersebut ialah seorang pengarah sebuah syarikat perundingan berhubung kes sama.

Majistret Putrajaya, Saifullah Qamar Qamar Siddique Bhatti membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan suspek bermula hari ini sehingga 26 Mac depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada pukul 9.40 pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 48 dan 52 tahun itu ditahan SPRM secara berasingan kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan 11 malam semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini selepas hadir memberi keterangan.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek telah bersubahat bersama-sama tiga lagi individu lain yang direman Selasa lalu bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pada 18 Mac lalu, SPRM menahan tiga lelaki terdiri daripada seorang pegawai kanan SSM dan dua pengarah syarikat IT terkemuka di sekitar ibu negara dan Petaling Jaya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini