Dua beradik hilang ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Dua beradik hilang ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Dua beradik perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah mereka di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, semalam, ditemukan selamat di sebuah pusat beli-belah di Kajang, malam tadi.

Dua beradik tersebut, Putri Nuramisha Jessica Abdullah, 16, dan adiknya Putri Noradriana Megat Zulkarnain, 11, ditemukan kira-kira pukul 8 malam oleh orang awam sebelum dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kajang.

Bapa mereka, Megat Zulkarnain Mohd. Noor, 48, berkata, dia dihubungi pihak polis yang memaklumkan Nuramisha dan Putri Noradriana ditemukan petugas pusat beli-belah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka kini sedang diambil keterangan dan akan dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini. 


Terdahulu, kehilangan dua beradik tersebut tular dalam media sosial selepas keluar dari rumah untuk ke sekolah kira-kira pukul 6 pagi sebelum disedari tidak pulang kira-kira pukul 2 petang oleh ibu mereka, Nurlina Harun, 33, kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini