SEBERANG PERAI – Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis menahan dua beradik berusia 32 dan 34 tahun dalam serbuan di tepi jalan di Bagan Jermal dan sebuah rumah di Taman Melor, Butterworth di sini kelmarin. Dalam operasi kira-kira pukul 11 malam itu, polis merampas sejumlah dadah disyaki jenis heroin dan syabu bernilai kira-kira RM84,700 di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja dan di rumah suspek. Ketua Polis Daerah Seberang…










