Driver baru Elvira bawa tuah - Utusan Malaysia

Driver baru Elvira bawa tuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mac – Keserasian yang mula berputik antara Nacho Elvira dengan driver baharunya telah membantu pemain golf dari Sepanyol itu mengungguli pusingan ketiga Kejohanan Maybank 2019, hari ini.

Elvira muncul pendahulu pusingan ketiga dengan catatan keseluruhan 13 di bawah par 203 pukulan selepas melakukan enam di bawah par hari ini di Kelab Golf Saujana & Country, Shah Alam.

Sebelum ini Elvira mengakui memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan driver Callaway baharunya namun hari ini dia sudah mula serasi mengendalikannya.- UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini