Doktor lelaki ditemukan mati dalam bilik hotel - Utusan Malaysia

Doktor lelaki ditemukan mati dalam bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 20 Mac – Seorang doktor lelaki berusia 34 tahun ditemukan mati di dalam sebuah bilik hotel di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, seorang pekerja hotel menghubungi polis pada pukul 2 petang memaklumkan penemuan lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik.

“Ekoran itu, pihak polis telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki telah meninggal dunia dalam bilik tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan juga mendapati penggunaan cecair Sodium Chloride yang dimasukkan ke dalam tubuh mangsa menggunakan jarum suntikan melalui tangan sebelah kirinya.

“Pemeriksaan terhadap tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini