Disyaki jalin hubungan sulit, wanita melecur dibakar suami - Utusan Malaysia

Disyaki jalin hubungan sulit, wanita melecur dibakar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 20 Mac – Akibat disyaki mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang wanita warga Indonesia melecur pada perut dan tangan kiri selepas suaminya bertindak menyimbah petrol pada badan mangsa sebelum menyalakan api di sebuah rumah di Kampung Permatang Gedung di sini, hari ini.

Sebelum kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 30-an terlebih dahulu dibelasah lelaki itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, suspek berusia 43 tahun dikatakan berang setelah mangsa disyaki menjalin hubungan sulit sepanjang lelaki itu berada di dalam penjara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudian mengambil petrol dan menyimbahnya ke arah mangsa. Mangsa yang panik meluru masuk ke dalam bilik air untuk membasuhnya.

“Tiba-tiba lelaki itu bertindak menyalakan api menyebabkan baju mangsa terbakar. Mangsa terus berlari masuk ke dalam bilik untuk memadamkan api,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Kata beliau, wanita terbabit seterusnya menghubungi polis yang bertugas di pondok Taman Sejati sebelum suspek ditahan dan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Mangsa yang mengalami kecederaan melecur pada perut dan celah tangan kiri menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di sini,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek yang bekerja sendiri direman selama empat hari bermula hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini