Acara tahunan Raptor Watch merupakan aktiviti memerhati dan mengira burung pemangsa berhijrah ke hemisfira utara merentasi Selat Melaka melalui Pulau Rupat di Indonesia dan Tanjung Tuan di Melaka sejauh 38 kilomerter. Aktiviti Raptor Watch semasa penghijrahan burung pemangsa balik ke kawasan pembiakan di utara bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran awam tentang pemuliharaan burung-burung pemangsa berhijrah, melindungi hutan simpan Tanjung Tuan dan mempromosikan ekopelancongan. Acara ini dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan Persatuan…










