BARU-BARU ini, ada seorang graduan yang tamat pengajian mengeluh kepada saya soal gaji rendah dan susah hendak dapat peluang pekerjaan. Ketika kami berborak, dia tidak berpuas hati dengan beberapa majikan yang menawarkan gaji rendah tidak setanding kelayakannya. Sudahnya, budak itu lebih rela duduk di rumah tanpa membuat sebarang kerja dan masih menunggu dipanggil temu duga. Graduan itu juga mengakui dia memang memilih pekerjaan yang sesuai dan tidak mahu bekerja tanpa mengikut minatnya. Dia lepasan universiti tempatan dengan memiliki ijazah pentadbiran perniagaan. Dalam situasi persekitaran ekonomi yang tidak menentu ini seharusnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya