Sebanyak enam kes kematian membabitkan demam denggi dicatat di negeri ini sejak Januari hingga 2 Mac lalu iaitu peningkatan sebanyak 100 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, tahun lalu, sebanyak tiga kes kematian dicatatkan dalam tempoh tersebut. Menurutnya, Johor Bahru kekal sebagai daerah yang mencatatkan kes denggi tertinggi di negeri ini. “Jabatan Kesihatan negeri merekodkan 2,222 kes demam…










