Demam campak meningkat di Pahang - Utusan Malaysia

Demam campak meningkat di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 19 Mac – Sebanyak 21 kes atau wabak demam campak dilaporkan berlaku di negeri ini bermula awal tahun ini hingga 16 Mac lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 200 peratus berbanding hanya tujuh kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, daerah ini mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 19 kes (90.4 peratus) manakala daerah lain yang turut mencatat kes demam campak adalah Rompin dan Temerloh dengan

Memuatkan artikel berkaitan…
SHA'ARI NGADIMAN
SHA’ARI NGADIMAN 

masing-masing satu kes. 

“Hampir 30 peratus daripada kes demam campak di negeri ini didapati tiada suntikan vaksin demam campak.

“Peratusan tinggi itu membimbangkan dan Kementerian Kesihatan menggesa ibu bapa agar membawa anak-anak ke klinik terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin demam campak bagi memastikan mereka terlindung daripada jangkitan dan komplikasinya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sha’ari berkata, vaksin demam campak diberikan seba­nyak dua dos kepada kanak-kanak di bawah Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan iaitu pada usia sembilan bulan dan 12 bulan.

“Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus akan memastikan imuniti kelompok kekal tinggi bagi mengekang penularan jangkitan demam campak dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan bijak ini akan menurunkan risiko jangkitan dan dapat mengurangkan ke­terukan penyakit serta mencegah kematian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya segera berjumpa doktor jika mempunyai tanda atau gejala demam campak seperti demam, ruam, batuk, selesema dan sakit mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini