KUALA LUMPUR 13 Mac – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 28 Mei ini untuk perbicaraan tuntutan nafkah tertunggak berjumlah RM800,000 penyanyi Deja Moss, 46, terhadap bekas suaminya, Azfendy Azzuddin Ahmad, 40. Penetapan tarikh berkenaan dibuat Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar pada sebutan kes berkenaan yang dihadiri peguam Syarie Halimatunsa’diah Abu Ahmad yang mewakili Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, selaku plaintif kes tersebut. Halimatunsa’diah ketika ditemui…










