Siapakah bakal pemenang Hadiah Sastera Johor Darul Takzim (HSDT) Kesebelas tahun ini? Adakah nama-nama besar akan terus mengungguli atau pendatang-pendatang baharu mendominasi? Sayembara Anugerah Sastera Johor (ASJ) kali ini akan diadakan pada pertengahan bulan Mac ini bertempat di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar-Yayasan Warisan Johor. Sayembara ASJ merupakan satu-satunya anugerah berprestij dan eksklusif untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan para penulis dan karyawan sastera khususnya anak jati Johor yang bergiat aktif…










