DAP tidak berubah, masih rasis dan cauvanis - Utusan Malaysia

DAP tidak berubah, masih rasis dan cauvanis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac-Kenyataan biadab Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bukti kepemimpinan DAP masih belum berubah daripada elemen rasis dan cauvanis walaupun kini menjadi sebahagian daripada kerajaan memerintah.

Malah, kenyataan yang dilontarkan Guan Eng itu juga merupakan satu  percubaan provokatif dan hasutan  bahawa kedudukan kaum bukan Melayu bakal tergugat jika termeterainya hubungan perpaduan ummah antara Pas dan UMNO.

Bekas ahli DAP, Rahmad Ishak berkata, apa yang menimbulkan persoalan mengapa DAP begitu takut pada bayang-bayang sendiri walaupun istilah perpaduan ummah turut merangkumi soal kepentingan semua kaum di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan sedemikian amat serius dan tak sepatutnya dilafazkan oleh seorang menteri yang sepatutnya menjaga kesejahteraan semua kaum di negara ini.

“Justeru tindakan perlu diambil terhadap Guan Eng atas konsep ‘Rule of Law’ dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu segera menyiasat kerana ia boleh memberi impak negatif dalam aspek ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah portal kelmarin memetik kenyataan Guan Eng menyifatkan kerjasama UMNO dan Pas sebagai ‘pengisytiharan’ perang ke atas masyarakat bukan Melayu.

Walau bagaimanapun, Guan Eng selepas itu telah mengubah kenyataan frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini