BERA 9 Mac – Cuaca panas terik tidak menghalang kira-kira 500 umat Islam di daerah ini mengadakan perhimpunan aman di Dataran Kerayong di sini bagi membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu dihadiri umat Islam termasuk wakil UMNO dan Pas serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perhimpunan aman itu merupakan …










