Cuaca panas tidak jejas pelancongan - Utusan Malaysia

Cuaca panas tidak jejas pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yakin gelombang cuaca panas yang melanda negara ketika ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan.

Menteri berkenaan Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, keadaan itu bukan penghalang kepada pelancong dari dalam dan luar negara untuk melancong kerana ada antara mereka yang menggemari keadaan cuaca panas.

“Pelancong dari luar negara terutama dari negara sejuk suka datang ke sini (Malaysia) dan akan ramai lagi yang akan datang,” katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Perpustakaan Malaysia di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau turut memberi jaminan keadaan cuaca ketika ini juga tidak akan menjejaskan sasaran kedatangan 28.1 juta pelancong ke Malaysia tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamaddin berkata, kementerian itu akan memanfaatkan semua agensi di bawahnya termasuk Hotel Seri Malaysia untuk mewujudkan perpustakaan mini atau sudut bacaan sebagai sokongan rangkaian perpustakaan sedia ada.

“Kami turut menggalakkan pengusaha inap desa untuk mewujudkan sudut bacaan di premis mereka dan mengadakan aktiviti galakan membaca dengan perpustakaan desa, ” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini