CTOS, SQL Account perkasa 190,000 syarikat - Utusan Malaysia

CTOS, SQL Account perkasa 190,000 syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – CTOS Data Systems Sdn. Bhd., bekerjasama dengan E Stream Software Sdn. Bhd. untuk memperkasakan lebih 190,000 syarikat di seluruh negara dengan akses kepada data masa nyata menggunakan perisian perakaunan bersepadu SQL Account.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan CTOS Holdings Sdn. Bhd., Dennis Martin berkata, SQL Account akan membolehkan pengguna membuat keputusan yang pantas dan bermaklumat serta berdasarkan data, dengan akses data masa nyata daripada CTOS seperti profil syarikat, sorotan kewangan dan maklumat para pengarah.

“Menerusi perkongsian ini, pengguna SQL Account akan merasa lebih yakin mempunyai data dikumpul CTOS secara terus untuk membuat keputusan yang bermaklumat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Pengarah Urusan E Stream Software, Desmond Law berkata, CTOS menyediakan akses yang pantas dan mudah kepada maklumat dan memainkan peranan penting dalam mewujudkan ketelusan dalam perniagaan berkaitan kredit.

“Ini membantu mengurangkan risiko menerusi keputusan berdasarkan bermaklumat dan bagi skala yang lebih besar, manfaatnya bukan hanya kepada perniagaan tetapi setiap orang di dalam negara.

“Penggabungan kepakaran perkongsian kami akan membuka pintu kepada saluran baharu penyelidikan dan pembangunan dan menilai semula pembangunan perisian perniagaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini